Thursday, September 10, 2009

12. Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi.

13. Supaya kamu duduk di atas punggungnya kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan: “Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,

14. dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.”
(
Az Zukhruf, 12-14)

Setelah membaca beberapa laman web berkaitan dengan planet dan kehidupan lain, secara tak sengaja Allah telah temukan aku dengan ayat ini. terlalu besar kuasaNya. Ini menambahkan lagi keyakinanku padaNya. Al-hamdulillah.

Selama ini, memang aku tau Al-Quran ini sesuai untuk sepanjang zaman. Al-Quran ini tidak akan lapuk untuk selamanya. Isinya kandungannya akan terpelihara untuk selamanya. Tapi bila secara tak sengaja aku terbaca ayat ini, aku menjadi sangat terlalu kagum dan segalanya membawa aku kepada berfikir jauh. Tentang hakikat alam dan kehidupan ini.

Sebenarnya ayat yang aku maksudkan ini ialah ayat ke 12 itu.

Maha Suci Allah. Segalanya Allah sediakan untuk keperluan kita. Sama ada di daratan, di lautan dan juga di angkasa. Apa yang kita perlu buat hanyalah berfikir dan berusaha mencari sesuatu kebaikan dari setiap yang Allah sediakan itu.

Di daratan sudah pasti kita semua sudah sedia maklum. Kalau zaman dahulu, kita ada unta, kuda, keldai, lembu, kerbau, gajah sebagai transport. Then, bila dah berkembang sikit, manusia dah semakin menggunakan akal. Terciptalah kenderaan berenjin.

Hari ke hari, manusia semakin nampak kerana masing-masing berlumba untuk menggunakan akal masing-masing. Bukankah akal itu tidak terbatas.

Dalam ayat yang aku petik ini, disebutkan tentang kapal. Tentu semua orang faham apa itu maksud kapal. Kapal itu sudah semestinya sesuatu kenderaan yang sifatnya terapung. Terapung! Sama ada terapung di udara atau di lautan, yang penting sifatnya terapung. Itu yang menarik perhatianku sesangat.

Di laluan sungai dan lautan, mereka bermula dengan mencipta kenderaan terapung seperti perahu, kapal-kapal kecil dan seterusnya membawa kepada penciptaan kapal-kapal besar. Tidak ketinggalan kapal selam.

Di udara pula, dari hanya memerhatikan burung yang bebas terbang di udara, manusia mula mendapat idea untuk terbang bebas seperti burung. Bermula dengan belon udara, replika kecil seperti burung, sehinggalah kepada penciptaan kapal terbang berenjin contahnya AIRBUS aku nk naik nie bulan nov nie. Dan ia tidak berhenti di situ sahaja. Manusia tetap menggunakan kehebatan akal anugerah Allah ini dengan memperkembangkannya kepada penciptaan jet dan roket yang mampu membelah angkasa dan melangkaui pengetahuan manusia yang terdahulu.

Sampai ke satu tahap, kita dah berjaya menerokai angkasa. Walau tak sepenuhnya, itu adalah satu kejayaan bagi membuktikan bahawa akal ini tiada had untuk berfikir. Selama kita berusaha, Allah akan bagi. Dia sentiasa Maha Pemurah.

Lihatlah, apa yang terkandung dalam kitab yang berusia hampir 1500 tahun ini, tetap boleh diguna pakai sehingga ke hari ini. Then aku tersedar, rahsia masa depan rupanya ada dalam Al-Quran yang kita baca sejak dari kecil sampailah sekarang. Kita hanya akan menyedarinya kalau kita memahami dan mengkaji isi kandungannya. Kalau setakat baca tanpa pemahaman, tetaplah kita dalam golongan yang tidak sedar dan dalam keadaan yang rugi.

Dan kepala aku cepat jer nak kaitkan penciptaan kapal ni dengan penjelajahan atau penerokaan ke planet lain. Bukankah dah disebutkan manusia mampu menembusi penjuru langit. Dan bagi aku, ayat ini juga adalah sebagai hint untuk kita merealisasikan penerokaan kita ke planet lain. Allah dah bagi hint, kitalah yang perlu berusaha untuk ke arah itu.

Teringat aku dengan cerita sains fiksyen. Dengan gambaran teknologi yang begitu canggih dalam cerita sedemikian, tak mustahil kita pun dapat merealisasikannya juga.

Segala apa yang tertulis dalam Al-Quran sedikit demi sedikit telah dapat direalisasikan. Dan mungkin puncak kepada kebenaran ayat ini akan terbukti bila kita semua mampu merealisasikan penciptaan piring terbang sebagai salah satu benda terapung yang sebelum ini tak mampu kita kuasai. Dan waktu itu, mungkin manusia telah berjaya melakukan perjalanan ke planet-planet lain dan berkomunikasi dengan segala hidupan di sana serta membentuk satu komuniti baru. Masa ni barulah apa yang kita khayalkan dalam Star Trek, Babilon 5, Superman, Independence Day, JUMPER akan menjadi satu realiti. Insya Allah.

Hm…sebenarnya aku juga teruja dengan sistem perpindahan jasad yang macam dalam JUMPER . Bagi aku, itu juga bukan satu kemustahilan bila satu hari nanti kita semua dah berjaya mencari satu cara untuk melakukan perpindahan tenaga. tapi mungkin bukan macam JUMPER sebab susah sket nak di terima dek akal.... tapi menarik.... Dan bukankan sifat tenaga itu boleh dipindahkan dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Ini aku belajar dari sekolah rendah lagi. Tapi sekarang baru terfikir…ada logiknya…

Masa zaman kanak-kanak dan awal remaja dulu, aku memang sangat teruja dengan cerita sains fiksyen dan sering berkhayal atau berangan untuk berada di alam seperti itu. Rupanya, itu semua tak mustahil andai kita semua menggunakan akal ini dengan semaksimumnya.

Alam semesta ini teramat la luas. Allah cipta untuk kita terokai dan seterusnya mendapatkan kebaikan daripadanya. Tetapi kita sebagai yang dicipta, janganlah lupa dan bangga diri setelah berjaya menguasai sesuatu ilmu itu. Sebab segalanya dalam genggamanNya. Kalau Dia nak tarik, sekelip mata pun boleh berlaku. Jadilah macam padi…semakin berisi semakin menunduk…

No comments:

Post a Comment