Saturday, September 18, 2010

maaf....

bukan sengaja untuk aku sakitkan hati kau..
bukan sengaja untuk aku cari marah kau..
bukan sengaja untuk aku kata tidak..
tapi aku tak betah memungkiri janjiku padaNYA..
aku cuba untuk jaga hati kau..
tapi redhaNYA lagi ku harapkan...

Wednesday, November 18, 2009

Sedih????

Assalamualaikum.... Hello hello hello
waaa sepanjang aku kat scotland nie byk tol benda yg aku dapat....
Aku nie pergi membawa diri.. Cari ketenangan.... Tgh sedap2 aku tdo aku dikejutkan dgn bunyi hp....
Rupe2nye email masok... Ak pown bgn la n bace email tue... Dari member aku yg sangat care n memahami diri ak
so ak nk share dgn korang la....
Sharing is caring rite.... Huuuu
bagi aku... Email nie sangat bermakne n jadi penawar jgk bagi ak bile aku pk kn masalah yg aku hadapi....
So mari sekali lagi aku paste kan email nie huuuu
jom jom jom

Ihsan dari http://ms.langitilahi.com/

Pandangan orang soleh-soleh, kebanyakannya akan bertukar negatif kepada mereka yang berbuat dosa. Amatlah sedikit, orang yang faham agama untuk bertoleransi dan bersabar kepada mereka yang berdosa. Jika tidak menghambur kata-kata nista, paling kurang pun mereka akan menyisihkan sesiapa yang berdosa dalam kehidupan.

Memang, dosa itu jijik. Memang, ingkar kepada Allah itu lebih busuk dari najis. Namun, perumpamaan jijik dan najis itu, hanya untuk diri kita mengajak diri kita menjauhi perbuatan dosa itu. Apabila yang jijik dan yang najis itu melekat pada orang lain, maka apakah yang patut kita lakukan?

Inilah dia post untuk kamu wahai sahabat.

Jangan bersedih. Sesungguhnya pengampunan Allah itu, lebih luas dari kemarahan-Nya.




Tiada manusia sempurna

Tiada manusia sempurna. Selain Rasul dan Nabi, tiada lagi yang maksum selain mereka. Semua manusia melakukan dosa.

Namun, sebaik-baik pembuat dosa, adalah mereka yang bergerak pulang kepada Allah SWT.

Memang, orang akan hina kita, orang akan perli kita, orang akan kata pada kita itu dan ini. Memang sukar berhadapan dengan semua kritikan dan hinaan itu. Namun kita kena tabah.



“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Sematkan dalam diri kita bahawa, semua kritikan, perlian, hinaan itu adalah balasan terhadap dosa kita. Kita kena bersabar melalui balasan yang Allah beri itu, di samping kita juga bergerak mempertingkatkan diri kita. Jangan kita terfikir untuk membalas hinaan mereka dengan hinaan, atau berfikir untuk berhenti dari perubahan kepada kebaikan.

Kalau kita berhenti, maka kita sebenarnya telah tertipu oleh syaitan yang mati-matian cuba menghalang kita daripada Allah SWT. Tiada manusia sempurna, bila berbuat dosa itu adalah lumrah sebagai manusia.



Namun, apabila kita ini sedar dan berusaha bangkit dari dosa kita, maka kita sebenarnya adalah yang terbaik dari kalangan manusia. Hal ini kerana, kita termasuk dalam golongan yang dicintai Allah SWT.



“Sesungguhya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.

Dan sedikit kepada yang menghina orang yang berdosa, ketahuilah bahawa anda juga tidak sempurna, dan punya dosa yang perlu diperbaiki. Maka, apa kata dari anda menghina-sisih orang-orang berdosa, anda bersama-sama mereka berpimpin tangan memperbaiki diri ke arah redha-Nya?




Keampunan Allah

Wahai sahabatku yang terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat, bila kita bangkit dan ingin melakukan perubahan, ketahuilah bahawa yang mengampunkan kita adalah Allah SWT, bukan manusia.



Yang menentukan manusia itu kafir atau Islam adalah Allah. Yang mengira dosa pahala adalah Allah. Yang memberikan syurga neraka kepada kita adalah Allah.

Maka, berubahlah memohon keampunan-Nya. Jangan kita hirau pandangan manusia. Kita tidak meminta keampunan mereka.. Jangan kita kisah hinaan mereka, bukan mereka yang mengampunkan kita.



Manusia, mereka mudah menyimpan di dalam hati. Tercalar, mereka simpan sampai mati. Bila kita berdosa, mereka sukar menerima kita kerana rasa dikhianati. Tetapi Allah, keampunan-Nya lebih luas dari kemarahan-Nya. Allah, sentiasa membuka pintu taubat-Nya. Walau hamba-Nya membunuh 100 nyawa, atau lebih dari itu, andai hamba itu kembali kepada-Nya, maka Dia akan menerima.



Lihatlah kecintaan Allah SWT dalam ayat-Nya:



“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” Surah Yusuf ayat 12.

Allah tidak meninggalkan kita, walau seluruh dunia menyisihkan kita. Dia, menyuruh kita menyambungkan harapan kita kepada-Nya. Maka jangan berputus asa. Allah bersama kita.

Sedikit kepada yang suka menghina pendosa, ketahuilah bahawa Allah itu lebih mulia dan lebih besar dari kamu. Namun Allah pun berkasih sayang dan memberikan peluang. Kamu?




Kepada penghina yang berdosa



Satu benda saya nak cakap, jangan sesekali kita rasa kita ini sudah sempurna. Hati kita ini, di hujung kekuasasaan Allah SWT untuk membalikkannya. Jangan ingat, hari ini kita beriman, esok kita akan beriman lagi. Sepatutnya kita menjaga keimanan kita, dan menjaga pula keimanan kawan-kawan kita. Bukan membiarkan mereka di dalam lubang kehinaan selama-lamanya.



Ada satu kisah, berkenaan seorang alim. Satu hari dia berjalan, kemudian terlanggar seorang nasrani. Semasa terlanggar itu, si alim berkata: “Tak guna punya ahli neraka”

Si Nasrani marah. Si Nasrani berkata: “Apakah kau yang memegang neraka? Maka saksikanlah bahawasanya aku ini naik saksi bahawa Allah itu tuhanku, tiada tuhan selain Dia, dan Muhammad itu Rasul-Nya” Kemudian Si Nasrani meninggalkan si alim itu.



Si Alim meneruskan perjalanan, akhirnya dia melalui sebuah rumah. Keluar dari rumah itu gadis yang sangat cantik, hingga memikat dirinya. Maka dia segera bhertemu dengan ayah perempuan itu, meminta untuk dikahwinkan dengannya. Rupanya, keluarga itu adalah keluarga nasrani. Si Ayah berkata:



“Jika kau hendak mengahwini anakku, maka masuklah ke agamaku ini, dan bekerjalah sebagai penternak khinzirku selama beberapa bulan”



Oleh kerana hatinya sudah sawan dengan perempuan itu, tanpa sedar, lelaki alim tadi bersetuju.



Satu ketika, lelaki nasrani yang sudah Islam tadi, melalui kembali jalan itu dan terserempak dengan lelaki alim tadi yang sedang mengembala khinzir.

“Apa yang sudah berlaku kepada kamu wahai muslim?”

Si alim tadi menjawab: “Kerana aku menghinamu, maka Allah menukarkan kedudukan kita”



Ini kisah buat ingat-ingatan kepada yang suka menghina pendosa.



Saya nampak bahawa, orang yang berdosa ini perlu kita bimbing. Lagi-lagi yang berdosa dari galangan tersungkur. Yakni awal-awal dia baik, kemudian dia buat dosa. Sebenarnya, sesiapa yang menyisihkan pendosa, maka dia telah berdosa secara tidak langsungnya.



Orang berdosa, patut kita dekati dan rancang untuk mengubah mereka. Bukan kita hina, tinggalkan dia terkontang kanting. Kata da’ie?




Penutup: Sahabat, jangan bersedih



Kepada sahabatku yang terpalit dengan lumpuran dosa, ketahuilah bahawa kamu tidak keseorangan. Aku pun bukanlah manusia sempurna. Sama-sama kita berdosa. Sama-sama juga aku mengajak kamu untuk kembali kepada Yang Esa. Hinaan orang sekeliling kita bukanlah penutup pintu taubat-Nya.

Taubat Allah hanya tertutup kepada dua perkara: 1. Mati 2. Matahari Terbit Dari Barat.



Selain itu, maka berkejar-kejaranlah kita mencapai keampunan-Nya.



Memang susah nak tinggal dosa kita, tapi kita kena usaha. Macam usahanya pembunuh 100 di dalam hadith Nabi riwayat Muslim. Lelaki itu, tidak sempat bertaubat pun. Dia baru sahaja bergerak untuk bertaubat. Tapi Allah telah mengampunkannya dan memasukkanya ke dalam syurga. Kerana dia telah bergerak kepada-Nya.



Maka jangan kita lengah. Biar seluruh dunia menghina kita. Jangan kita jadikan itu pelambat langkahan kita kepada Allah SWT.

Saya ada satu kata-kata sebagai perkongsian:



“Sahabat, ana ni, nak pimpin tangan dengan enta masuk syurga. Jadi, kalau enta terjun ke dalam neraka sekali pun, ana akan terjun dalam api itu untuk tarik tangan enta semula”



Sebab saya ini sahabat anda. Dan andai saya ini pula yang tersungkur, saya suka kalau ada yang menghulurkan tangan. Manusia ini, perlu sokong menyokong, nasihat menasihati, bantu membantu. Baru ada sempurna menyempurnai.



Sama-sama lah kita. Jangan berputus asa dengan hinaan orang.



Kita bergerak kepada Allah yang langsung tidak menghina kita.



Allah, yang akan mengampunkan dosa-dosa kita.

Cinta.....

Assalamualaikum
wah lamer jugak ak x update blog nie....
Maaf la bz sket sebulan dua nie....
Hurm.... Ini hari aku nk kongsi cite sal cinta.... Actually dis artikel bukan ana yg buatlah
ana dapat email dari my sweet fwen lah....
Jom kite mengembara di alam cinta... Hee
ia bukan mengembara mcm dalam cite indiana jones mahu pown cite the mummy....
Mengembara yg aku maksudkan ialah kite selami post yg bakal aku paste kan nie
dan kite bandingkn dgn cinta yg anda masing2 lalui....
Adakah ia cinta yg berteraskan hawa nafsu atau cinta yg hakiki yakni cinta sampai kesyurga...
Nak macam " syurga cinta" ke???? Haaa pikir2 kn la sendiri....
Ok jom kite bace....

Ihsan dari http://ms.langitilahi.com/

salam



saja nak kongsi



Baru-baru ini saya dijemput menjadi ahli panel forum, berkenaan mahasiswa di Permai. Memang agak mengejutkan dipilih menjadi ahli foum. Panelis lain semuanya hebat-hebat belaka. Abang Aizat Amiruddin pelajar tahun lima, Abang Aiman Rosli seorang abang besar yang sudah berkahwin, dan kakak Mardiyah seorang pelajar master. Saya?

Saya hanya pelajar tahun dua yang tiada apa-apa. Di tengah forum, saya jadi tunggang langgang. Tersepit di tengah kebesaran senior-senior. Saya takut apa saya cakap, tak sampai pada hati pendengar.

Saya malas nak cerita fasal forum panjang-panjang. Sekadar sikit kongsi je. Kaitan post hari ini dengan forum yang saya lalui adalah, di dalam forum itu, ketika sesi soal jawab, seorang senior bertanya berkenaan cinta.

Dan saya jawab. Oleh kerana ia sesi soal jawab, saya jawab seringkas yang boleh. Dalam post ni, saya nak kongsi pendapat saya fasal cinta. Mengecilkan skop, cinta lelaki perempuan.




Asas cinta pada saya

Manusia memang suka dengan cinta.. Cinta ini pada mereka indah. Saya fikir, kalau orang tanya saya apa yang paling manis dalam dunia, mungkin tak salah kalau saya jawab ia adalah cinta.

Jadi, apakah asas cinta?

Pada saya, cinta ini asasnya sayang. Saya tak tahu kalau dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci.

“saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat”

Mustahil la kan?

Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya. Malah ada satu kata-kata:

“Seseorang itu, sanggup berubah demi apa yang dicintainya, mengenepikan kepentingan dirinya”

Wau… cinta memang menakjubkan. Ya, kalau sayang, semua benda yang kita kurang sayang, akan kita ketepikan kepentingannya, boleh kita korbankan, boleh kita buang tepi, asalkan benda yang kita sayang, selamat.




Cinta orang hari ini

Sebahagian orang, menyatakan cinta itu murah. Malah, ada yang nampak cinta itu busuk. Ada segelintir orang, dia nampak cinta ni keji. Zaman ini, ramai orang begitu.

Bila Relasi dan Terasing keluar di pasaran, ada orang komen pada saya:

“Saya lagi suka VT, sebab dalam VT tak ada cinta. Alangkah baiknya kalau awak boleh tulis lagi cerita macam VT, tak ada cinta lelaki perempuan. Itu lebih baik”

Itu satu contoh. Hinggakan, kalau ada cinta dalam novel, novel itu dianggap pop, picisan, murah dan tidak kualiti. Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta?

Sebab hari ini, cinta telah dimurahkan semurah-murahnya. Kenapa boleh jadi murah?

Kerana kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta, tidak reti untuk bercinta. Dia bercinta dengan cinta yang salah,d engan cara yang salah, dengan kefahaman yang salah, menyebabkan cinta yang dikibar-kibarkannya automatik menjadi murah.

Cinta hari ini dikatakan apabila kita keluar couple, apabila kita berdating, apabila kita naik motor bonceng sama-sama, bila kita pegang tangan sama-sama kita, bila kita minum satu gelas satu straw, kita makan satu pinggan satu sudu satu garfu, kita sanggup gadai dara dan teruna kita, kita sanggup beri apa sahaja. Kebanyakan orang ingat, itu cinta.

Akhirnya, cinta dikeji sebagai satu perkara nista dan busuk.




Kata cinta, kata sayang…

Tiada orang kata begini:

“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, saya nak lempar awak dalam api”

Sepatutnya, orang kata begini:

“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, kalau awak masuk dalam api pun, saya sanggup selamatkan awak”

Maka, orang yang bercinta tidak mengikut jalan yang syara’ benarkan, tidak mengikut apa yang telah Allah tetapkan, tidakkah sama dengan melontarkan pasangannya ke neraka? Allah larang berzina, Allah larang pergaulan bebas, tetapi kita ingkar pada Allah SWT atas nama cinta dan sayang..

Benarkah sayang? Pada saya, kalau benar sayang, kenapa melontarkan pasangan anda ke neraka? Kata sayang?

Saya pelik. Saya hairan. Kalau betul sayang dan cinta, sepatutnya kita sama-sama selamatkan pasangan kita dari api neraka, dari kehancuran. Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka sama-sama kita?

“Nanti taubat la…”

Nanti tu bila? Kalau tak sempat? Jangan berlagak sayang… kita tatau kita mati bila. Tengah-tengah bonceng motor seronok-seronok, eksiden, baru tahu. Orang yang tak buat apa-apa pun boleh mati, lagi la orang bergerak hari-hari..

Kalau cinta, selamatkanlah diri anda dan pasangan anda dari kemurkaan dan keingkaran Allah SWT. Saya tidak nampak itu cinta, kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kita ke neraka. Sama la kita campak dia dalam gaung lepas kita kata: “I Luv You sayang”. Tak ada beza.




Penutup: Bercinta, sayang, mesti la sampai syurga

Saya la kan, kalau saya dengan isteri saya, saya suka masuk syurga dengan dia. Nanti kami duduk depan mahligai kami di Syurga, di bawah pohonan rendang, dikelilingi haruman syurga, kemudian kami mengenang-ngenang cinta kami.

“Susah abang nak dekati sayang dulu” Sambil saya ketawa, menceritakan betapa saya sabar menahan diri saya untuknya.

“saya pun jual mahal lebih kat abang dulu” Dan dia pun bercerita betapa dia pun usaha menjaga dirinya.

Kemudian kami akan masuk cerita fasal anak-anak, macam mana susahnya di dunia tarbiyah anak-anak penuh cabaran, macam mana susahnya nak hidup kekal dalam redha Allah, dan kami akan cerita tu semua, dikelilingi anak-anak kami di sana. Bahagia. Perit jerih itu semua akan terbayar.

Saya nak begitu. Apa sayang kalau campak pasangan dalam kemurkaan Allah?

Cinta, sebetulnya, cinta sampai syurga.

Itu baru namanya cinta, itu baru namanya sayang.

Maka, apakah usaha kita untuk cinta itu kekal sampai syurga?

Apa usaha kita?





MENCARI ATAU MENJADI?

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.



“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.



Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?



Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya? Apatah lagi jika dipilih berdasarkan rupa semata-mata.



Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?



Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa berkenalan, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa! Siapa sangka semasa berkenalan dialah Sailormoon dialah heroin tetapi selepas berumahtangga,menjadi sebaliknya.

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.



Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.



Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.



Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
Sayid Qutub berkata:



Pernikahan atau perkahwinan merupakan hubungan yang paling mendalam, paling kuat dan paling kekal yang mengikatkan di antara dua manusia. Hubungan ini meliputi sambutan-sambutan dan penerimaan timbal-balik yang paling luas yang dilakukan oleh dua manusia itu.

Oleh sebab itu hubungan ini memerlukan kepada perpaduan hati dan titik pertemuannya dalam satu ikatan yang tidak terhurai lagi. Untuk mencapai perpaduan hati, pastilah kedua-duanya bersatu di atas satu akidah dan tujuan hidup, kerana akidah merupakan sesuatu yang paling mendalam dan luas mengimarahkan jiwa manusia.



Akidahlah yang mempengaruhi jiwa manusia, menyesuai dan menentukan perasaan-perasaannya, penerimaannya dan seterusnya akidahlah yang menentukan perjalanan dalam seluruh kehidupan.

Semoga Allah permudahkan urusan kita …. Marilah kita menJADI bukan menCARI …

Sunday, October 25, 2009

Kesedihan????

Kesedihan???? mengapa harus sedih.... kenape perasaan sedih itu perlu wujud.... mengapa x boleh berterusan sahaja bergembira???? semua ini pasti ader jawapannyer... kadang2 dalam kesedihan lah kite akn kembali ingat kepada Yang Maha Agung.... susah benor kiter nak berjumper dgn org yg sedang gembira yang akan teros ingat pada Illahi.... ya.. pada awalnye mungkin... tapi di akhirnye, mereka akn teros lalai n lupa pada tuhan.... hanya mereka yg benar2 kukuh iman nyer yg x akan lupa walaupown sesaat pada penciptannya....

walaupown manusia nie mudah luper pada DIA, tetapi Allah x pernah lupa akan hambaNya.... walaupown banyak dosa yg kita lakukan Allah tetap akn memberi keampunan pada kita jika kita benar2 insaf dan bertaubat.....

kalau manusia???? sekali ko buat salah seumor idop aku x kan maafkan ko.... ish3x... sampai begitu sekali....
sudah2 aku dah x der idea dah nie.... korang paham ker x aper yg aku tulis nie harap2 korang akan paham la.... aku nk kongsi doa2 kat bawah nie jer..... doa pabila kite kesedihan doa pabila kiter dambakan kasih sayang NYA..... sila la tgk... klu boleh hafal n amal kan..... sekian....



اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendalah Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”

اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.”

Monday, September 28, 2009

SALING INGAT MENGINGATI SESAMA SAUDARA

BERSABDA RASULULLAH SAW "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"

nurkilan kali ini bukanlah hasil nurkilan aku sepenuhnyer, nurkilan ini aku serap atau cilok dari laman sesawang umum.... tapi ia menggerakkan hati aku untuk berkongsi dgn rakan2.....

ianya berkaitan dgn Solat....
anda paham dgn solat???
anda tahu sejarah solat????
aku pown x tau... tapi melalui pembacaan n pembelajaran alhamdulillah aku tau la serba sedikit...
meh kiter bacer samer2
moga selepas kiter bacer ni kiter ader kesedaran untuk lebih kerap n tak tinggal utk melakukan solat....
Insyaallah...

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH


Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

sekian saje pembentangan saye... klu ader salah silap tolong la kasi tau.....
perbetulkan kesilapan yg ader....
yang baik itu datang dari ALLAH SWT dan yg buruk itu datang daripada saya......
sekian Wassalam.....

Tuesday, September 15, 2009

ISLAM ITU ZALIM????

Assalamualaikum....

selamat berjumpa kembali.... seperti yg aku ckp sebelum nie aku akan cube kotakan....
okeh mari kita berdiskusi.....
Phrase "Islam itu zalim..." wah sungguh x bermoral benor saper yg cakap sebegitu.....
tapi realitinya pasti ader mereka2 yg x beriman masih beranggapan bahawa islam itu zalim.....
cuba kita lihat secara mata kasarnya... dimanakah kezaliman yg dilakukan oleh islam.... pada mata halus pown pasti tiada.....
mari kita lihat survey yg mengatakan mengapa islam itu zalim.....
dari segi hukuman.....

1. sebat
2. potong tangan
3. hukuman rejam
itu jer ker yang dapat disenaraikan wahai orang2 yang berpikiran kolot?????
hanya orang yg kurang ilmuatau sengaja suka berbuat jahat sahaja yg akan membuat kenyataan sebegitu. Tidak ada siapapun yang mahu di hukum, apalagi dgn hukuman yg berbentuk seperti yang dinyatakan ini.
mereka yang gemar bebuat jahat, kalau boleh mahu terlepas daripada sebarang tindakan atas apa yg dilakukan .
kalau mereka berzina , ataupun bersedududkan ; biarkan sahaja.
kalau dia mencuri, lepaskan sahaja dia pergi.
kalau dia membunuh, diamkan saja perbuatannya itu.
Apabila mahu di jatuhkan hukuman mengikut hukuman Islam seperti hudud dan qisas, orang2 ini lah yg akan mendakwa bahawa islam itu zalim.....
patot ker???? x patot kan....kenapa yer....
haaa persoalannyer, adakah perbuatan mencuri,merogol, membunuh dan sebagainya itu perbuatan yang zalim....
bagi mereka yg melakukan pasti mengatakan ianya x zalim.....
tapi... cuber kalau mereka yg terkena...
pasti melenting.... pasti mereka bangun mencari keadilan...
kalau kita tanya kpd org yang menjadi mangsa... sebagai contoh,
pemilik keretayg keretanya dicuri, kita tanyakan kepada seorang bapa yg anak nya dirogol, apa jawapan mereka???
sudah tentu mereka mahu supaya org yg melakukan perbuatan sebegini di bunuh, bukan dipotong tangan kalau dia mencuri..... kan kan kan.....

lepas tue ader la pulak yang mengatakan bahawa undang2 Islam ini adalah undang2 primitif...
seperti hukuman sebat dan rejam yg dikenakan kpd org yg berzina, serta memotong tgn otg yg mencuri.
ada yang mendakwa, hukuman seperti ini x layang di sempurnakan di zaman moden ini.....
Al- persoalan nyer..... adakah perbuatan mencuri, merogol, berzina dan juga membunuh org itu perbuatan yg dilakukan oleh org yg bertamadun????
kalau mereka benar2 bertamadun, mereka tidak akan berzina, sebaliknya mereka akan berkahwin. mereka tidak akn mencuri, mereka juga tidak akn membunuh: kerena org2 yg x bertamadun saje yg akan melakukan perbuatan sebegini....

adoiaaiii penat sudah aku mengarang..... haus dan lapar serta letih pown ader gak...
tapi tgh berposer ag...
jup g dah nak masuk eaktu berbuka.... ak rase setakat ini juga la....
nurkilan kali nie ader sangkut paut dgn nurkilan sebelum ini yg bertajuk islam itu penawar.....
segala permasalahan yg kiter tanggung ini passti jerjawab oleh islam selagi kita berpegang pada Al-Quran dan sunnah.... Insyaallah....
aku yg berkarya nie x la hebat sangat ttg agama.... klu nak tau kebih lanjut sila la rujuk pada ustaz or ustazah korang ker....
lecturer2 korang atau mufti2 negeri korang hehehehe
k la selamat menjalani ibadah pose yg dah nak tamat.....
klu x sempat aku nk ucapkan selamat hari raya jugak mohon ampun dan maaf.... zahir batin

wassalam.

Sunday, September 13, 2009

ISLAM ADALAH PENAWAR

" Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang pada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit -penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi petunjuk hidayah untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman"
SURAH YUNUS: 53

Ayat ini ditujukan kepada semua manusia tidak kira mukmin, kafir atau munafik. Tidak kira bangsa apa sekalipun ataupun di mana sahaja mereka berada; Allah SWT menyeru mereka supaya mendengar satu seruan daripada-Nya yang ditujukan untuk semua hamba-Nya; bahawa Al-Quran yang diutuskan oleh AllahSWT kepada Nabi Muhammad SAW ini adalah satu nasihat dan pengajaran daripada Allah SW


Berdasarkan ayat diatas.... aku nk gak wat macam tazkirah yg disampaikan oleh tokoh agama hihihi.... berhasrat nk wat kat public, tapi masih x der kekuatan... jadi aku jadikan blog nie sebagai platform aku.....

okeh perkongsian kali nie mungkin ader siri2 nyer... jadi sudi2 la menantikan updated siri yg bakal menyusul.....

buat permulaan..... aku pilih tajuk " ISLAM ADALAH PENAWAR" kerana islam adalah agama kiter..... betol x???? ia menjadi asas pegangan kiter... jadi aku nk gak bagi tau sket ttg keistimewaan islam nie walaupown terlalu banyak keistimewaan yg ader dalam islam sehingga tidak terkata banyaknyer.....

wokeyh... bro n sis sekalian....
kiter mula kan sesi pembelajaran.... jgn luper bace doa sebelum belajar..... BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.....

RABB???? aper itu RABB... korang tau x aper maksudnyer......
penting nie utk kiter tau aper yg dimaksudkan dgn perkataan RABB... sebab dalam Al-Quran nie banyak tertulis perkataan nie..... rugilah klu kiter x tau kan.....

Dari segi bahasa... RABB bermaksud Tuhan. Sama seperti "ilah" yang juga membawa makna Tuhan tetapi kedua-duanya mempunyai perbezaan. Rabb bermaksud orang yang mendidik dan yang mengasuh manusia.

Ibu kiter adalah rabb tetapi rabb yang paling rendah darjatnya. Maknanya, kalau kiter bertuhankan ibu kiter, ertinya kiter belum bertemu dgn Tuhan yang sebenar. Kawan kiter jugak adalah rabb kerana dia banyak membantu kiter ketika susah, tetapi dia juga adalah rabb kecil. Harta benda kita juga adalah rabb kita kerana ia menyediakan segala keperluan yg kiter perlukan. Jadi ibu, kawan harta benda adalah rabb tetapi bukan rabb yg sebenar.

Jadi siapakan RABB yg sebenar????? adakah ia masih bermain dimain di pikiran korang semua..... untuk orang yg beriman forsure diorang dah tau saper rabb mereka.....

RAbb sebenar hanyalah ALLAH SWT. sebab itulah kita mengucapkan "lailahaillallah", ia sebagai tanda kita mengaku bahawa tidak ada Rabb, tidak ada tuhan kecuali ALLAH.

Tuhan yang sebenar ialah ALLAH SWT yg memelihara manusia, yg menjaga, yg menghidupkan, serta memberikan nasihat dan pengajaran kepada manusia. Seruan dan nasihat ini telah pun disampaikan kepada manusia melalui suatu seruan iaitu Islam, menggunakan perantaraan Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW. Setiap kali kita membaca Al-quran, bermula dari awal ayat sehingga ke akhirnya, kita tidak akan bertemu dengan satupun perkara yg boleh menjerumuskan kita kepada keburukan kerana ia adalah "mauidzah".

Dengarlah nasihat dan tunjuk ajar daripada Nabi Muhammad SAW. Semuanya adalah mauidzah. Tidak ada satupun nasihat dan tunjuk ajar baginda, sama ada tutur kata, perbuatan, ataupun tindakan bagindayg memberikan keburukan manusia; semuanya mauidzah. Cuma ada ketikanya nasihat yg diberikan sesekali terasa pedasnya dan pedas itu memberikan manfaat kepada kita ketika kita sangat-sangat memerlukannya.

Sama seperti cili yg Allah SWT ciptakan, walaupun rasanya pedas ia juga tentu ada keperluannya kepada manusia. Oleh itu, kalau ada dalam Al-Quran, dalam Islam perkara-perkara pedas yang hati kita tidak senangi, semuanya berpunca daripada kelemahan kita sendiri, kerana ALLAH SWT yang Maha Bijaksana dan Maha Menyayangi sangat-sangat tahu dan memahami apa yang di perlukan oleh setiap manusia.

hurm.... aku raser cukupla setakat nie.... nnt kiter sambung dgn tajuk seterusnya.....
" menolak kata2 org yg x beriman yg mengatakan islam itu zalim" insyaalah.....
aku kener bacer dulu buku2 yang ader.... utk bagi info kat korang.

anythings salah silap utk permulaan perkongsian aku nie... aku mintak maaf. aku sedia menerima teguran daripada mereka yg sudi menegur.

sekian "selamat beramal" heheheh