Wednesday, November 18, 2009

Cinta.....

Assalamualaikum
wah lamer jugak ak x update blog nie....
Maaf la bz sket sebulan dua nie....
Hurm.... Ini hari aku nk kongsi cite sal cinta.... Actually dis artikel bukan ana yg buatlah
ana dapat email dari my sweet fwen lah....
Jom kite mengembara di alam cinta... Hee
ia bukan mengembara mcm dalam cite indiana jones mahu pown cite the mummy....
Mengembara yg aku maksudkan ialah kite selami post yg bakal aku paste kan nie
dan kite bandingkn dgn cinta yg anda masing2 lalui....
Adakah ia cinta yg berteraskan hawa nafsu atau cinta yg hakiki yakni cinta sampai kesyurga...
Nak macam " syurga cinta" ke???? Haaa pikir2 kn la sendiri....
Ok jom kite bace....

Ihsan dari http://ms.langitilahi.com/

salam



saja nak kongsi



Baru-baru ini saya dijemput menjadi ahli panel forum, berkenaan mahasiswa di Permai. Memang agak mengejutkan dipilih menjadi ahli foum. Panelis lain semuanya hebat-hebat belaka. Abang Aizat Amiruddin pelajar tahun lima, Abang Aiman Rosli seorang abang besar yang sudah berkahwin, dan kakak Mardiyah seorang pelajar master. Saya?

Saya hanya pelajar tahun dua yang tiada apa-apa. Di tengah forum, saya jadi tunggang langgang. Tersepit di tengah kebesaran senior-senior. Saya takut apa saya cakap, tak sampai pada hati pendengar.

Saya malas nak cerita fasal forum panjang-panjang. Sekadar sikit kongsi je. Kaitan post hari ini dengan forum yang saya lalui adalah, di dalam forum itu, ketika sesi soal jawab, seorang senior bertanya berkenaan cinta.

Dan saya jawab. Oleh kerana ia sesi soal jawab, saya jawab seringkas yang boleh. Dalam post ni, saya nak kongsi pendapat saya fasal cinta. Mengecilkan skop, cinta lelaki perempuan.




Asas cinta pada saya

Manusia memang suka dengan cinta.. Cinta ini pada mereka indah. Saya fikir, kalau orang tanya saya apa yang paling manis dalam dunia, mungkin tak salah kalau saya jawab ia adalah cinta.

Jadi, apakah asas cinta?

Pada saya, cinta ini asasnya sayang. Saya tak tahu kalau dalam dunia ini, ada yang cinta asasnya benci.

“saya cintakan dia, sebab tu saya benci kat dia sangat-sangat”

Mustahil la kan?

Jadi, cinta mesti lah sayang. Sebab itu, kita hargai orang yang kita cinta. Kita sanggup korban segalanya. Malah ada satu kata-kata:

“Seseorang itu, sanggup berubah demi apa yang dicintainya, mengenepikan kepentingan dirinya”

Wau… cinta memang menakjubkan. Ya, kalau sayang, semua benda yang kita kurang sayang, akan kita ketepikan kepentingannya, boleh kita korbankan, boleh kita buang tepi, asalkan benda yang kita sayang, selamat.




Cinta orang hari ini

Sebahagian orang, menyatakan cinta itu murah. Malah, ada yang nampak cinta itu busuk. Ada segelintir orang, dia nampak cinta ni keji. Zaman ini, ramai orang begitu.

Bila Relasi dan Terasing keluar di pasaran, ada orang komen pada saya:

“Saya lagi suka VT, sebab dalam VT tak ada cinta. Alangkah baiknya kalau awak boleh tulis lagi cerita macam VT, tak ada cinta lelaki perempuan. Itu lebih baik”

Itu satu contoh. Hinggakan, kalau ada cinta dalam novel, novel itu dianggap pop, picisan, murah dan tidak kualiti. Kenapa sampai begitu sekali orang memandang cinta?

Sebab hari ini, cinta telah dimurahkan semurah-murahnya. Kenapa boleh jadi murah?

Kerana kebanyakan orang hari ini tidak tahu apa itu cinta, tidak reti untuk bercinta. Dia bercinta dengan cinta yang salah,d engan cara yang salah, dengan kefahaman yang salah, menyebabkan cinta yang dikibar-kibarkannya automatik menjadi murah.

Cinta hari ini dikatakan apabila kita keluar couple, apabila kita berdating, apabila kita naik motor bonceng sama-sama, bila kita pegang tangan sama-sama kita, bila kita minum satu gelas satu straw, kita makan satu pinggan satu sudu satu garfu, kita sanggup gadai dara dan teruna kita, kita sanggup beri apa sahaja. Kebanyakan orang ingat, itu cinta.

Akhirnya, cinta dikeji sebagai satu perkara nista dan busuk.




Kata cinta, kata sayang…

Tiada orang kata begini:

“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, saya nak lempar awak dalam api”

Sepatutnya, orang kata begini:

“Saya sayang awak, oleh kerana saya sayang awak, kalau awak masuk dalam api pun, saya sanggup selamatkan awak”

Maka, orang yang bercinta tidak mengikut jalan yang syara’ benarkan, tidak mengikut apa yang telah Allah tetapkan, tidakkah sama dengan melontarkan pasangannya ke neraka? Allah larang berzina, Allah larang pergaulan bebas, tetapi kita ingkar pada Allah SWT atas nama cinta dan sayang..

Benarkah sayang? Pada saya, kalau benar sayang, kenapa melontarkan pasangan anda ke neraka? Kata sayang?

Saya pelik. Saya hairan. Kalau betul sayang dan cinta, sepatutnya kita sama-sama selamatkan pasangan kita dari api neraka, dari kehancuran. Tetapi kenapa kita pautkan dia ke dalam neraka sama-sama kita?

“Nanti taubat la…”

Nanti tu bila? Kalau tak sempat? Jangan berlagak sayang… kita tatau kita mati bila. Tengah-tengah bonceng motor seronok-seronok, eksiden, baru tahu. Orang yang tak buat apa-apa pun boleh mati, lagi la orang bergerak hari-hari..

Kalau cinta, selamatkanlah diri anda dan pasangan anda dari kemurkaan dan keingkaran Allah SWT. Saya tidak nampak itu cinta, kalau kita melontarkan diri kita dan pasangan kita ke neraka. Sama la kita campak dia dalam gaung lepas kita kata: “I Luv You sayang”. Tak ada beza.




Penutup: Bercinta, sayang, mesti la sampai syurga

Saya la kan, kalau saya dengan isteri saya, saya suka masuk syurga dengan dia. Nanti kami duduk depan mahligai kami di Syurga, di bawah pohonan rendang, dikelilingi haruman syurga, kemudian kami mengenang-ngenang cinta kami.

“Susah abang nak dekati sayang dulu” Sambil saya ketawa, menceritakan betapa saya sabar menahan diri saya untuknya.

“saya pun jual mahal lebih kat abang dulu” Dan dia pun bercerita betapa dia pun usaha menjaga dirinya.

Kemudian kami akan masuk cerita fasal anak-anak, macam mana susahnya di dunia tarbiyah anak-anak penuh cabaran, macam mana susahnya nak hidup kekal dalam redha Allah, dan kami akan cerita tu semua, dikelilingi anak-anak kami di sana. Bahagia. Perit jerih itu semua akan terbayar.

Saya nak begitu. Apa sayang kalau campak pasangan dalam kemurkaan Allah?

Cinta, sebetulnya, cinta sampai syurga.

Itu baru namanya cinta, itu baru namanya sayang.

Maka, apakah usaha kita untuk cinta itu kekal sampai syurga?

Apa usaha kita?





MENCARI ATAU MENJADI?

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.



“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.



Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?



Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya? Apatah lagi jika dipilih berdasarkan rupa semata-mata.



Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?



Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa berkenalan, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa! Siapa sangka semasa berkenalan dialah Sailormoon dialah heroin tetapi selepas berumahtangga,menjadi sebaliknya.

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.



Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.



Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.



Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
Sayid Qutub berkata:



Pernikahan atau perkahwinan merupakan hubungan yang paling mendalam, paling kuat dan paling kekal yang mengikatkan di antara dua manusia. Hubungan ini meliputi sambutan-sambutan dan penerimaan timbal-balik yang paling luas yang dilakukan oleh dua manusia itu.

Oleh sebab itu hubungan ini memerlukan kepada perpaduan hati dan titik pertemuannya dalam satu ikatan yang tidak terhurai lagi. Untuk mencapai perpaduan hati, pastilah kedua-duanya bersatu di atas satu akidah dan tujuan hidup, kerana akidah merupakan sesuatu yang paling mendalam dan luas mengimarahkan jiwa manusia.



Akidahlah yang mempengaruhi jiwa manusia, menyesuai dan menentukan perasaan-perasaannya, penerimaannya dan seterusnya akidahlah yang menentukan perjalanan dalam seluruh kehidupan.

Semoga Allah permudahkan urusan kita …. Marilah kita menJADI bukan menCARI …

No comments:

Post a Comment